Thursday 20 February 2014

Terasa nak apdet blog

Assalamualaikum w.b.t...
Lama benar aku menyepikan diri setelah diri ini begelar seorg isteri ... tup tap tup tap dah setahun lebih usia perkahwinanku. Untuk pengetahuan hidup aku sekarang begitu bermakna dengan kehadiran cahaya mata lelaki pada 30.4.2013 yang lalu,...alhmdulillah syukur kehadrat ilahi aku sekarang begelar 'ibu' kepada anakku Muhamad Izz Hakeem.
Ibu doakan semoga Muhamad Izz Hakeem menjadi anak yang soleh dan berjaya didunia dan akhirat.

Sunday 17 March 2013

BLOG YANG MAKIN BERSAWANG - Part 1

Macam mana nak mula ehh...




Ehem..ehem..
Semenjak aku bertukar title dari Cik kepada Puan  kepada seseorang ne..eh..eh... <aku dah jadi Bini orang rupanye>, bukan setakat bini je, ada lagiikk.... jeng..jeng..jeng.. tak lama lagi nak jadi Ibu kepada baby yang aku 'kandung' ne... Alhamdulillah rezeki untuk tahun ne.. mudah-mudahan Allah s.w.t permudahkan segala urusan aku..
haiii macam2 benda nak citer ne,
sehari tak cukup, berbulan jugak laa.. hihihi..
tetiba rasa seronok lak nak mengimbau kembali detik itu, rasa macam baru semalam ja aku dinikahkan oleh abah aku.. sengih sorang2..
jom-jom aku jamu mata korang ngan pic yang aku beri tajuk 'Raikan Cinta Farah & Khalil' kih..kih..kih..


Selepas majlis akad nikah pada ~ 31.5.2012 (Khamis) ~


aku bersama hantaran - BIRU dari pihak lelaki PINK kaler tu dari pihak pompuan..







bersama Family aku

bersama Family Suamiku
hat ne pic paling best.. bersama-sama member pejabat aku..korang ader pic cam ne??? hihihi
(jangan jeless uolls)
Terima kasih kepada member-member yang sudi memeriahkan lagi majlis... sayang korang sumer.








Tuesday 7 August 2012

Tertarik Dgn Satu Artikel ne 'Waktu Mustajab Berdoa'


DOA adalah senjata umat Islam kerana Allah suka mereka yang berdoa dan memohon sesuatu kepada-Nya.
Namun, kadangkala ada doa yang Allah lambat makbulkan, bukan kerana Allah tidak suka tetapi tentu ada hikmah, rahmat dan jika tidak di dunia, doa itu akan dimakbulkan di akhirat.

Sebagai umat Islam, kita mempunyai beberapa panduan berdoa semoga Allah mempercepatkan permohonan kita.

Berikut antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab.

  • Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”
  • Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.
  • Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”
  • Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”
  • Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. “Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut
    melihat syaitan.”
  • Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. “Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”
  • Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”
  • Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: “Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”
  • Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”
  • Wednesday 25 July 2012

    Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
    padanya dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka
    dan diikat para-para syaitan sepanjang bulan ini, dan setiap amalan diberikan berlipat kali ganda.






    Friday 23 March 2012

    Bunga Stokin Untuk Hantaran

    Sejak kebelakangan ini, makin bertambah sibuk saye dalam membuat persiapan tuk hari bahagia nanti..dah nak 'tawen' erkk saye ne.. (ayat klishe) hehehe..
    dah sampai masanya tuk saye berubah ke fasa yang lebih serius lagi...eehhhmm..ehmmm...
    eh dah melalut lak saye ne,, dah lari dari tajuk lakss... ahakss..^_^
    berbalik kepada tajuk asalnye BUNGA STOKIN.. 
    Baru-baru ini saye ada tertengok kat page 'fb' mum's creative sal bunga stokin ne yang dihasilkan oleh kak anum (bekas cc kat opis saye tu)..canteekknyerr (kata lam hati saye ne).. mmg jatuh hatila ngan kraftangan yang satu ne.. kemudian timbul la idea..tingg..tingg..ting...apa kata saye buat bunga dulang hantaran nnti bunga stokin tu...maka keesokkan harinya kat opis satu hari saye asyik duk mengoogle sal benda ne jer..sampai kena perli ngan 'budak ensem' blakang saye tu...sepanjang hari tu saye asyik dengar benda ne jer ''everyday is a big day''.. bernanah jugak la telinga ne...huhuh..apa boleh buat...org pompuan kan besa la bab2 nak kawen ne excited cket...kihkihkih.. jangan maree er 'budak ensem'

    NIN DIAAA bunga stokin yang dimaksudkan tu..

    *this pic saye pinjam err.. cantek kan hasil keja org ne.. 

    yang ne my pabret colour..
    saye suka bunga ne..




    Friday 10 February 2012

    Sesi berlajar DECOUPAGE

    Pada 10 Februari 2012 kelab Kesdata PDTSPS telah menganjurkan kelas DECOUPAGE.
    aku berbangga dapat belajar seni craft yang x pernah terfikir aku leh buat...
    selama ne duk tengok kat lam majalah, internet jer.. rupanya boleh belajar buat sendiri.. banggaaaanyee sayee..meh la tgk keadaan masa kat kelas ritu..